Seorang Janda Dihukum Gantung Sampai Mati

Kuala Terengganu – Seorang janda warga Vietnam dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi, di sini, semalam kerana mengedar dadah methamphetamine seberat 1,669.7 gram pada September 2013.

Keputusan itu dibuat Hakim Datuk Zainal Azman Ab Aziz selepas tertuduh, Tran Thi Tat, 36, ibu kepada seorang anak perempuan berusia 12 tahun didapati bersalah terhadap pertuduhan mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Terdahulu, Zainal Azman dalam penghakimannya berkata, keterangan tertuduh yang mendakwa dia tidak tahu kewujudan dadah di dalam begnya serta datang ke negeri ini untuk berkahwin sengaja diada-adakan.

 Menurutnya, keterangan diberikan diada-adakan untuk melepaskan diri daripada pertuduhan.

Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh didakwa mengedar dadah jenis methamphetamine itu di hadapan pintu keluar Balai Ketibaan Domestik Lapangan Terbang Sultan Mahmud, Kuala Nerus jam 9.30 pagi 9 September 2013.

Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Fadhli Mahmud bersama Rohaiza Abd Rahman manakala tertuduh diwakili peguam daripada Tetuan Syukri Zamri & Azran. – Harian Metro

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kisah Benar, Isteri Aku Berlaku Curang Dengan Boss Aku.

Saya Terkejut Dijemput Menyertai Group WhatsApp Yang Menjijikkan Itu..

Kau Paksa Aku Hisap Kemaluan Anak Sendiri Depan Kau, Untuk layan Nafsu Binatang Kau, Suami Jenis Apa Kau Ini.