Ibu Tanam Bayi Perempuan Hidup-Hidup

Anjing pun sayangkan anak tapi di dunia sekarang masih ada lagi seorang ibu yang tergamak menanam bayinya sendiri hidup-hidup. Nasib baik sekumpulan kanak-kanak yang sedang bermain di kawasan di Jaipur, Odisha itu ternampak kakinya lalu mereka terus memaklumkan kepada penduduk kampung di situ.

Selepas digali tanah berkenaan, bayi itu masih hidup tetapi dia dikatakan ditanam dalam lubang yang cetek itu dan ditimbus dengan pasir selama enam jam.

Bayi berkenaan kini dirawat di hospital dan berada di bawah pemantauan rapi.

“Dia semakin baik dan kelihatan normal. Bayi itu dilahirkan cukup bulan dengan berat 2.5kg. Ketika dibawa ke hospital, tali pusatnya masih melekat,” kata jurucakap hospital terbabit.

Kakitangan hospital tersebut menamakannya sebagai Dharitti dan akan diserahkan kepada jabatan kebajikan sebaik sahaja dibenarkan keluar hospital.

Kawasan di mana bayi itu ditemui, didiami kebanyakannya oleh penduduk miskin dan keluarga di situ berharap untuk memiliki anak lelaki dengan harapan apabila besar, si anak dapat membantu ibu bapanya.

Mereka juga dikatakan cuba mengelak daripada membesarkan anak perempuan dan atas sebab itulah maka bayi tidak berdosa itu menjadi mangsa, hanya disebabkan dia dilahirkan sebagai perempuan.


Sementara itu, polis kini sedang mengesan ibu bapa bayi terbabit.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kisah Benar, Isteri Aku Berlaku Curang Dengan Boss Aku.

Saya Terkejut Dijemput Menyertai Group WhatsApp Yang Menjijikkan Itu..

10 Gambar Dan Video: Percaya Atau Tidak, Harimau, Beruang Dan Singa Ini Berkawan Baik Sejak Kecil.