9 Gambar Dua Pelajar Maut Langgar Lembu

Maran – Dua pelajar yang dalam perjalanan ke sekolah terbunuh apabila motosikal mereka melanggar lembu di Jalan Felda Jengka 15, di sini, hari ini.

Dalam kejadian jam 7 pagi itu, Muhammad Danial Iman Mohd Dorani, 17, dan rakannya, Zarfan Najwan Zainal Abidin, 17, meninggal dunia di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Maran Deputi Superintendan Mazlan Hassan berkata, mangsa dalam perjalanan ke Sekolah Menengah Kebangsaan Jengka Pusat, di sini.

“Mangsa dipercayai melanggar lembu dan terjatuh sebelum meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya ketika dihubungi, di sini.


Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – Harian Metro









Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kisah Benar, Isteri Aku Berlaku Curang Dengan Boss Aku.

Saya Terkejut Dijemput Menyertai Group WhatsApp Yang Menjijikkan Itu..

10 Gambar Dan Video: Percaya Atau Tidak, Harimau, Beruang Dan Singa Ini Berkawan Baik Sejak Kecil.