Video Remaja Terjun Tingkat 4 Pusat Beli-Belah Tersebar
Singapura – Sebuah video rakaman kamera litar tertutup
(CCTV) telah bocor dan tersebar di internet, menunjukkan detik-detik sebelum
seorang remaja berusia 17 tahun mati akibat terjun tingkat 4 pusat beli-belah
Orchard Road, Jumaat.
Dalam video 15 saat itu, remaja itu dilihat melompat
penghadang kaca setinggi 1.2 meter dalam pusat beli-belah Orchard Central dan
kemudian seorang gadis yang bersamanya kelihatan terkejut apabila dia memandang
ke bawah.
Masa dan tarikh dalam video rakaman itu sepadan dengan hari
kejadian, manakala tulisan ‘Orchard Central’ dapat dilihat dalam rakaman
tersebut.
Ia adalah rakaman
dari sebelah jambatan Orchard Gateway yang menghubungkan dua pusat beli-belah
tersebut. Orchard Gateway telah mengesahkan kesahihan video itu.
Remaja tersebut dipercayai bernama Jonathan Chow Hua Guang.
Seorang saksi sebelum itu menggambarkan bahawa Jonathan
terus melonjakkan badannya untuk melompat melepasi pagar jambatan di tingkat
empat pusat beli-belah itu untuk mengambil telefon yang jatuh di atas sekeping
‘papan’ yang dilihat kukuh.
Bagaimanapun, ia hanyalah sekeping papan plaster yang tidak
dapat dapat menampung beban.
Kejadian itu berlaku kira-kira pukul 4 petang Jumaat di mana
Jonathan telah jatuh di atas kepingan tersebut sebelum ia runtuh.
Pegawai Pasukan Pertahanan Awam Singapura membawa remaja
berkenaan ke Hospital Tan Tock Seng tetapi beliau kemudian meninggal dunia di
hospital.
Maklumat di laman Facebook Jonathan menunjukkan beliau
adalah pelajar Randwick Boys’ High School, sebuah sekolah di New South Wales,
Australia.
Beliau dilihat gemar bermain ‘skateboard’ dan meminati
aktviti ekstrem, parkour.
Jonathan kembali ke Singapura tahun lepas dan menunggu untuk
pendaftaran khidmat negara, kata bapanya kepada Shin Min Daily News.
“Saya sendiri tidak pasti apa yang berlaku (pada hari
Jumaat),” katanya di rumah mayat pagi Sabtu.– The Straits Times/Asia News
Network
Ulasan
Catat Ulasan