Video: Kecoh Tersilap Umum Pemenang Di Anugerah Akademi Ke-89
Los Angeles : “Ini bukan lawak. Moonlight menang Filem
Terbaik,” kata penerbit filem La La Land, Jordan Horowitz kepada penonton
selepas penyampai, Warren Beatty tersalah umum La La Land sebagai pemenang
kategori itu di Anugerah Akademi ke-89 yang berlangsung di Dolby Theatre,
Hollywood, di sini, hari ini.
Ketika itu pasukan produksi La La Land yang diketuai
Horowitz sudah menaiki pentas untuk menyampaikan ucapan kemenangan, namun
terpaksa turun semula apabila menyedari ia adalah kemenangan untuk filem
Moonlight.
Bagaiamanapun, La La Land arahan Damien Chazelle yang
mendominasi sebanyak 14 pencalonan tidak pulang dengan tangan kosong apabila
memenangi dua kategori utama iaitu Pengarah Terbaik dan Pelakon Wanita Terbaik
menerusi Emma Stone.
Selain itu, ia turut memenangi tiga lagi kategori teknikal
iaitu Rekaan Produksi Terbaik, Sinematografi Terbaik dan Skor Asal Terbaik.
Casey Affleck pula menang kategori Pelakon Lelaki Terbaik
menerusi filem Manchester By The Sea.
Pelakon Mahershala Ali yang baru kali pertama dicalonkan
berjaya memenangi kategori Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik menerusi filem
Moonlight,manakala kategori Pelakon Pembantu Wanita Terbaik dimenangi Viola
Davis menerusi filem Fences.
Anugerah Akademi atau Oscars juga bersiaran secara langsung
dan eksklusif menerusi HBO di saluran (Astro salur411/431) dan Astro On The Go.
Ia bermula dengan acara karpet merah Oscar secara langsung
dari jam 8 pagi (waktu Malaysia) diikuti majlis penganugerahan pada jam 9.30
pagi.
Siaran ulangan Anugerah Oscar juga boleh ditonton jam 7 dan
8 malam ini di saluran yang sama.-Harian Metro
Acara ini menampilkan hos terkenal Jimmy Kimmel selaku
pengacara.
Senarai Pemenang anugerah utama:
Filem Terbaik : Moonlight
Pengarah Terbaik : Damien Chazelle (La La Land)
Pelakon Lelaki Terbaik : Casey Affleck (Manchester by the
Sea)
Pelakon Wanita Terbaik : Emma Stone (La La Land)
Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik : Mahershala Ali (Moonlight)
Pelakon Pembantu Wanita Terbaik : Viola Davis (Fences)
Filem Animasi Terbaik : Zootopia (Byron Howard, Rich Moore
and Clark Spencer)
Lakon Layar Asal Terbaik : Manchester by the Sea (Kenneth
Lonergan)
Sinematografi Terbaik : La La Land ( Linus Sandgren)
Solekan dan dandanan Rambut Terbaik : Suicide Squad
(Alessandro Bertolazzi, Giorgio Gregorini and Christopher Nelson)
Rekaan Kostum Terbaik : Fantastic Beasts and Where to Find
Them (Colleen Atwood)
Ulasan
Catat Ulasan