Video Guru Pukul, Tendang Pelajar Jadi Viral
Rakaman video memaparkan kebiadapan seorang guru menendang
dan memukul kepala pelajarnya kini menjadi tular di laman sosial.
Menurut pemuat naik video, Muhamad Azhan, kejadian
dipercayai berlaku di sebuah institusi latihan kemahiran awam di utara namun
tidak dinyatakan tarikh dan lokasi sebenar kejadian.
“Patut ke ajar anak murid kau macam itu. Tahulah kau bagi
ilmu tapi hormat anak murid juga. Jangan sampai anak murid pijak kau balik,”
tulisnya diruangan kapsyen.
Berdasarkan rakaman, lelaki berbaju merah itu pada mulanya
dilihat sedang memantau pelajarnya yang sedang menjalani latihan amali mengisi
gas pendingin hawa.
Tidak beberapa lama kemudian, mangsa secara tiba-tiba
ditarik telinga, dipukul pada bahagian kepala dan ditendang sehingga membuatkan
pelajar itu terduduk. Malah, lelaki itu turut melemparkan perkataan ‘bodoh’
terhadap mangsa.
Tindakan guru lelaki itu diperhatikan sahaja oleh beberapa
pelajar yang lain yang tidak mampu berbuat apa-apa.
Netizen di media sosial mempertikaikan guru lelaki berkenaan
yang dianggap tidak wajar kerana cara didikan seperti itu agak kasar dan sudah
ketinggalan zaman.
Justeru, netizen menggesa pihak berkaitan menyiasat dan
mengambil tindakan terhadap lelaki berkenaan.
Video Guru Pukul, Tendang Pelajar Jadi Viral pic.twitter.com/cyuZQVQAhf— Wartawan Jalanan (@W_Jalanan) 27 Februari 2017
Ulasan
Catat Ulasan