Kena Saman Sebab Pakai Tali Pinggang keledar Bawah Tudung.

Assalamualaikum. Pagi tadi saya telah disaman sebab memakai tali pinggang di bawah tudung yang saya pakai. 

Pegawai yang mengeluarkan saman ini telah menahan saya dengan alasan pegawai lain yang di hujung jalan sebelum saya sampai di sana nampak saya  tidak memakai tali pinggang. 

Padahal masa dia tahan itu, dia sendiri nampak saya masih lagi pakai tali pinggang di bawah tudung saya. 

Tapi dia tetap minta lesen & keluarkan saman. Kedengaran lagi suara di walkie talkie dia itu suara pegawai yang di corner tadi. 

“Yaaaa yang pakai tudung itu. Dia tak pakai itu tadi. Saman saja, kalau tak, aku yang datang pergi situ saman dia.” Pastu pegawai yang mengeluarkan saman itu cakaplah mungkin saya baru saja tarik itu tali pinggang.

Jadi saya turun dari kereta & cari pegawai atasan yang ada di sana. Saya explain la apa yang terjadi. Lepas itu dia senyum-senyum dia ckp “kenapa pakai bawah tudung? Manalah kami nampak?” Sy cakaplah “Sebab taknak nampak bentuk badan itulah pakai di bawah tudung”. Terus dia cakap “Kami bukan MALAIKAT nampak semua. Tudung cik pun bukannya tebal sangat pun.”

Sudahlah dia menuduh, macam-macam lagi dia cakap. Dia cakap lagi “Lain kali pakai di luar tudung supaya kami nampak, taklah kami saman.”

Ada ke undang-undang begini? Mohon penjelasan. Apa komen kamu? Salahkah perempuan yang pakai tudung pakai tali pinggang di bawah tudung dia orang?? Bayar saman RM150 untuk kesalahan yang tak dibuat pun!

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kisah Benar, Isteri Aku Berlaku Curang Dengan Boss Aku.

Saya Terkejut Dijemput Menyertai Group WhatsApp Yang Menjijikkan Itu..

10 Gambar Dan Video: Percaya Atau Tidak, Harimau, Beruang Dan Singa Ini Berkawan Baik Sejak Kecil.