Kanak-kanak Hilang Ditemui Maut Dalam Mesin Basuh
Seorang
kanak-kanak berusia 2 tahun 10 bulan ditemui maut dalam mesin basuh, lapor
Debate News.
Dalam kejadian pagi 18 Februari lalu di Jardim Planalto,
Santa Cruz do Rio Pardo, Jaimerson Cardoso Dias Junior, 2, sebelum itu
dilaporkan hilang oleh ibunya, Mariane Cristina.
Polis kemudian melancarkan gerakan mencari mangsa sekitar
jam 10.40 pagi bersama dengan beberapa jiran yang lain di kawasan perumahan
tersebut, namun gagal menemui mangsa.
Polis kemudian memeriksa rumah keluarga mangsa dan akhirnya
menemui mangsa di dalam mesin basuh di sebalik pakaian dan buih cucian.
Pasukan penyelamat segera dikerahkan ke tempat kejadian
namun sudah terlambat kerana mangsa telah meninggal dunia akibat lemas.
Berdasarkan siasatan polis, mangsa dipercayai memanjat
kerusi di sebelah mesin basuh yang sedang berfungsi dan membuka penutup mesin
untuk bermain air. Malangnya mangsa terjatuh ke dalam mesin tersebut lalu
mengakibatkannya lemas.
Mayat mangsa dibawa ke hospital untuk dibedah siasat.Polis
juga telah mengambil keterangan dari Mariane dan nenek mangsa, Susinei Sueli
Lopes. Bagaimanapun pihak polis belum pasti sama ada akan mengambil tindakan
undang-undang terhadap ibu mangsa di atas kecuaian tersebut.
Ulasan
Catat Ulasan