Wanita Bogel Bawa Motor Nak Beli Tiket Tersebar Di Media Sosial.
Pontianak (Kalimantan Barat): Seorang wanita mencetuskan
kekecohan di sini apabila dia menunggang motosikal dalam keadaan berbogel.
Orang awam yang melihat wanita berkenaan menahan dan
menyerahkannya kepada polis.
Menurut laporan Liputan6.com, wanita berusia kira-kira 28
tahun itu berasal dari Sukabumim, Jawa Barat dan dikenali dengan singkatan nama
R atau D.
Dia ditahan di jalan raya menuju ke Lapangan Terbang Supadio
Pontianak.
Seorang kakitangan lapangan terbang, Fira Meydar mengesahkan
kejadian berkenaan.
Menurut Fira, pihaknya menahan wanita terbabit pada 12.45
(waktu tempatan) tengah hari semalam.
Dalam keterangannya kepada polis, wanita itu berkata, dia
bekerja di bandar Pontianak sejak setahun lalu dan menetap di rumah sewa.
Dalam pada itu, Fira berkata, dia dimaklumkan wanita
terbabit sering merasa ketakutan sejak dua bulan lalu.
“Pada hari kejadian, dia keluar rumah dan menunggang
motosikal dengan hanya memakai telekung. Tetapi dalam perjalanan itu, dia
membuang telekungnya dan hanya berbogel sebelum ditahan oleh orang awam dan
diserahkan kepada polis.
“Dia dikatakan memberitahu polis bahawa dia ingin membeli
tiket kapal terbang untuk pulang ke Sukabumi,” kata Fira.
Ulasan
Catat Ulasan