Murid OKU Dirogol Guru Besar, Tiga Guru Lain
Bihar – Seorang murid perempuan orang kelainan upaya (OKU)
berusia 12 tahun, berada dalam keadaan kritikal selepas dia dirogol oleh guru
besar dan tiga guru lain.
Memetik laporan Daily Mail, Kejadian yang berlaku di sebuah
sekolah di bandar Kako, di timur Bihar, India itu sekali gus membangkitkan
kemarahan penduduk setempat.
Jurucakap polis Jehanabad Kusum Bharati berkata: “Kami telah
membuka satu siasatan kes rogol terhadap guru besar, Aju Ahmed dan guru
Mohammed Shaukat, Abdul Bari dan A Rahman sepertimana yang diadukan oleh ibu
mangsa.”
Mangsa kini telah dibawa ke Kolej Perubatan Patna untuk
rawatan.
Sementara ibunya, yang sangat terkesan dengan kejadian yang
menimpa anaknya itu berikrar akan melakukan apa sahaja bagi memastikan keadilan
berpihak kepada anaknya.
Dia juga berkata akan membuat aduan kepada Jabatan Pelajaran
Negeri.
“Saya berharap anak saya pulih, dan akan melakukan sehabis
kemampuan saya untuk anak saya,” ujar wanita berkenaan yang tidak dinamakan.-sinarharian.com.my
Ulasan
Catat Ulasan