Kalaulah Pihak Hospital Pinjamkan Ambulan Mungkin Anak Saya Masih Hidup

Kata Atikah  mengenangkan nasib malang yang menimpa dirinya dan suami Arifin ketika jenazah anak mereka Desri Ratna Sahara di angkut seperti barang diatas kenderaan pick up yang hanya ditutup dengan payung.

Video yang tersebar di media sosial berkenaan di muat naik oleh Trimo Nyawang Kokadohan yang berlaku di tasik malaya jawa barat, menurutnya Ratna Sahara meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital menggunakan kereta pick up kerana tidak mampu membayar Ambulance.

Dalam video, si ibu meraung berguling-guling di tepi jalan, sementara ayahnya hanya duduk diam disebelah jenazah anaknya seolah-olah menyalahkan takdir kehidupannya.

Menurut sumber pada awalnya Ratna Sahara mengalami demam panas selama empat hari dan dibawa kehospital berhampiran kampung mereka, namun kerana semakin teruk pihak hospital itu menyarankan agar membawa Ratna ke hospital besar Tasikmalaya untuk pemeriksaan lanjut.

Hanya kerana tidak ada duit, pihak hospital berkenaan enggan memberikan kerja sama untuk menghantar Ratna yang dalam keadaan tenat, kedua orang tua Ratna terpaksa menyewa sebuah kenderaan jenis pick up untuk mengangkut anaknya tetapi sayang dalam perjalanan Ratna menghembuskan nafasnya yang terakhir.

Akibat daripada peristiwa itu, netizen masing-masing meluahkan rasa kecewa sehingga mereka membuat andaian kalaulah pihak hospital berkenaan mahu memberikan kerja sama, kemungkinan besar gadis malang itu masih mampu diselamatkan.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kisah Benar, Isteri Aku Berlaku Curang Dengan Boss Aku.

Saya Terkejut Dijemput Menyertai Group WhatsApp Yang Menjijikkan Itu..

10 Gambar Dan Video: Percaya Atau Tidak, Harimau, Beruang Dan Singa Ini Berkawan Baik Sejak Kecil.