Catatan

Tunjukkan catatan dari September, 2016

Mimpi Patah Gigi Taring Rupa-Rupanya Petanda Suami Dibunuh Dengan Kejam

Imej
Mimpi patah gigi graham dan taring bawah kiri agak-agak apa maksutnya ye? tulis seorang wanita bernama  Ika di akaun facebooknya pada 10 september awal bulan ini. Ekoran status tersebut membuat beberapa rakannya untuk mendoakan yang baik-baik, kerana  menurut kepercayaan orang ramai maksud mimpi itu adalah bakal ada salah seorang ahli keluarga yang akan meninggal. Hanya dalam masa 19 hari 29.09.2016 beliau telah kehilangan suaminya bernama Arie Iskandar 30, jenazah suami beliau ditemui dikebun getah kampung Parabulih Lembak, dipecayai mangsa pembunuhan. Rupa-rupanya mimpi patah gigi Ika adalah satu pertanda bahawa dia akan kehilangan suami tercinta, Tidak hanya itu pada 17.september 2016 Ika sempat memuat naik semula satu status berkait dengan hadist dari HR Muslim No 1914. ” yang berbunyi “Wahai Rasulullah, bagaimana jika ada orang merebut hartaku? >Jangan kamu berikan >Bagaimana jika ia menyerangku? >>Balaslah menyerangnya >Bagaimana jika ia

Suspek Utama Perogol Dan Bunuh Yuyun Dengan Kejam Dihukum Mati.

Imej
  Mahkamah di Indonesia di sini, menjatuhkan hukuman mati terhadap seorang lelaki yang menjadi ketua kumpulan 14 lelaki merogol dan membunuh pelajar sekolah di Bengkulu pada 2 April lalu. Zainal, 23, dihukum mati selepas didapati bersalah memukul mangsa dikenali sebagai Yuyun hingga mati selepas pelajar itu dirogol bergilir-gilir oleh semua 14 tertuduh termasuk lapan remaja bawah umur. “Kerana jenayah ini terlalu kejam, mahkamah menjatuhkan hukuman mati terhadap Zainal,” kata hakim, Henny Faridha, hari ini. Empat lagi lelaki dihukum penjara 20 tahun kerana merogol mangsa yang berusia 14 tahun berkenaan, tujuh lagi sebelum ini dihukum penjara 10 tahun manakala seorang remaja berusia 13 tahun diarah menjalani program pemulihan selama setahun. Seorang lagi suspek masih diburu polis. Kejadian berlaku ketika mangsa dalam perjalanan pulang dari sekolah apabila dia dirogol kumpulan lelaki berkenaan yang mabuk. Mayat mangsa ditemui dalam keadaan bogel dalam parit besar di se

Apa Hukum Isteri Meninggalkan Rumah dan Melawan Cakap Suami.

Imej
Tindakan isteri meninggalkan suami ini sering dianggap ringan atau sepele oleh sebagian wanita yang tidak mengerti hukum islam tapi jika tindakan ini dilakukan terhadap seorang lelaki muslim yang paham hukum agama akan sangat fatal dan berat akibatnya karena agama Islam melarang dengan keras hal tersebut. Isteri meninggalkan rumah tidak akan menyelesaikan masalah justru akan memperberat masalah, suami akan mempunyai kesan istri lari dari tanggung jawab kewajiban sebagai isteri, membuat suami menjadi sakit hati sehingga menjadi ringan untuk menceraikannya serta menambah fitnah bagi diri sendiri dan suaminya.  Apalagi jika isteri pergi meninggalkan rumah karena dimarahi suami yang menasehatinya sungguh sangat berdosa karena perbuatan isteri ini akan di laknat oleh Allah dan malaikatpun memarahinya (lihat Hadist Riwayat Abu Dawud di bawah) . Setan selalu berusaha untuk membujuk dan mengajak manusia untuk berbuat sesuatu yang tidak diridhoi Allah dan rasulnya. Setan be

Zila Seeron Dan Pasangannya Mengaku Khalwat.

Imej
Kuala Lumpur: Peserta Akademi Fantasia (AF) musim keempat, Zila Seeron dan seorang pengurus syarikat masing-masing didenda RM2,500 oleh Mahkamah Tinggi Syariah hari ini selepas mereka mengaku bersalah atas pertuduhan berkhalwat, Ogos lalu. Hakim Syarie Azzeman Omar menjatuhkan hukuman itu terhadap Zila atau nama sebenarnya Nur Azilah Seeron, 28, dan Mohd Khairul Azizi Burhanudin, 32, yang membuat pengakuan itu sebaik saja pertuduhan dibacakan kepada mereka secara berasingan. Kedua-dua tertuduh turut berdepan hukuman penjara lima bulan sekiranya gagal membayar denda itu. Mengikut pertuduhan, Zila dan Mohd Khairul Azizi yang juga bapa kepada seorang anak itu didakwa melakukan kesalahan itu di rumah lelaki berkenaan di Apartment Jalil Damai, Bandar Bukit Jalil, dekat sini antara jam 6.55 pagi hingga 7.13 pagi, 13 Ogos lalu. Dakwaan terhadap kedua-dua tertuduh dikemukakan masing-masing mengikut Seksyen 27 (a) dan (b) Akta Kesalahan-Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wila

Bapa Tampil Buat Penjelasan Isu Rampas Anak Di Mahkamah.

Imej
Muatnaik video yang menjadi viral semalam mengenai keengganan seorang ibu melepaskan anaknya untuk diambil oleh bekas suaminya, dan kini bapa kepada kanak-kanak tersebut tampil membuat penjelasan. Bapa kepada kanak-kanak tersebut, Datuk SM Faisal Nasimuddin tampil membuat penjelasan di dalam akaun Instagram miliknya setelah beliau menerima kecaman daripada netizen selepas muatnaik video tersebut. Menurut beliau, keluarga bekas isterinya mula mencetuskan provokasi dengan mengungkap kata-kata kesat kepadanya sehingga mengakibatkan keadaan menjadi tegang namun beliau masih berada dalam keadaan terkawal. “Keluarga pihak bekas isteri saya telah melaungkan kata-kata nista kepada saya dan keluarga. “Namun saya tidak berkata apa-apa kerana saya hadir ke mahkamah dengn tujuan untuk bertemu dengan ketiga-tiga anak saya yang sangat saya rindui,” tulisnya dalam akaun Instagram miliknya. Namun, selepas selesai prosiding mahkamah, bekas isterinya enggan melepaskan anak beliau sehingga mer

Khalifah Islam Pasti Akan Kembali Dan Islam Akan Menang Kembali

Imej
Semasa pilihanraya di Sungai Besar, berkesempatan minum sambil bersua bersama Ustaz Muhammad Khalil Abdul Hadi, Pengerusi Lajnah Al-Quds Malaysia, Kesatuan Ulamak Islam Sedunia dan langsung berbual tentang dunia Islam. Turut hadir bersama waktu tersebut Ustaz Abdul Mu’izz Muhammad yang merupakan tenaga penggerak Akademi Al-Ghazali dan beberapa pimpinan pemuda dan pemimpin pemuda kawasan yang ada selepas pelancaran Kelab Anak Jati Sungai Besar. Dalam perbualan tersebut, Ustaz Muhammad Khalil Abdul Hadi ada menyebut Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, Naib Presiden Kesatuan Ulamak Islam Sedunia telah dihadiahkan sebuah buku oleh seorang ulamak dari negara Yaman yang menjadi pensyarah di University Iman, Sana’a, Yaman, iaitu Syeikh Muhammad Sadiq, ulamak Yaman yang datang sewaktu Ijtimak Alami di Rusila dan memberi kuliah Tazkiyatun Nafsi pada waktu Subuh sewaktu berlangsung Ijtimal Alami di Rusila pada tahun lepas. Menariknya, ketika itu berbincang tentang isu poli

Video: Bayi Masih Bertali Pusat Dijumpai Di Perhentian Bas.

Imej
Butterworth – Seorang bayi perempuan yang masih bertali pusat ditemukan dalam sebuah beg warna ungu oleh beberapa pelajar sekolah di perhentian bas di Bagan Ajam, Teluk Air Tawar, di sini hari ini. Jururawat Masyarakat Klinik Desa Bagan Ajam Sabariah Abdul Ghani, 36, berkata pihaknya menerima panggilan daripada seorang guru memaklumkan beberapa pelajar sekolah berhampiran menemukan seorang bayi perempuan di tempat kejadian. “Saya tiba di sana kira-kira pukul 8.10 pagi dan mendapati seorang bayi perempuan telah ditinggalkan di dalam beg plastik dan terdapat kesan gigitan serangga di badannya. “Saya mengagak bayi tersebut sudah 24 jam dilahirkan berdasarkan tali pusatnya yang sudah kering,” katanya ketika dihubungi, di sini hari ini. Beliau berkata sehelai kain dan uri turut ditemukan bersama-sama bayi perempuan itu sebelum dibawa ke Klinik Desa Bagan Ajam. “Kami bersihkan dia dan memberinya suntikan mencegah pendarahan yang merupakan prosedur rutin agar bayi berke

Dibelasah Teman Lelaki Kerana Enggan Melakukan Seks

Imej
Bercinta itu kadang kalanya terlampau indah dan ada kalanya membawa kepada mimpi ngeri bagi sesetengah orang. Itulah yang terjadi kepada seorang wanita yang menjadi mangsa kepada kekasihnya yang pastinya menjadikannya satu mimpi ngeri buatnya. Mengerikan apabila melihat gambar-gambar yang dimuat naik oleh seorang wanita dari United Kingdom yang mendakwa dirinya dipukul teman lelakinya selepas enggan melakukan hubungan seks. Gambar yang dimuat naik oleh Steph Louise sendiri atau namanya Stephanie Littlewood baru-baru ini menerusi akaun Facebooknya menceritakan pengalaman dibelasah dengan teruk oleh teman lelakinya. Ceritanya bermula pada 2 April 2016 apabila dia menolak pelawaan teman lelakinya, Wayne Hoban untuk melakukan hubungan seks. Wayne yang berang, membelasah Steph dengan menghempasnya ke katil, mencekik dan menumbuknya sebanyak 40 hingga 50 kali hingga memecahkan rahang dan giginya selain lebam di beberapa bahagian badan. Susulan kejadian itu, dia dibawa

Lelaki Putus Tunang Akibat Harian Metro Siarkan Gambar Dirinya Sebagai Penjenayah.

Imej
SEORANG lelaki mendakwa telah putus tunang, hampir dibuang kerja serta keluarganya menerima kecaman akibat gambar dirinya digunakan oleh Akhbar Harian Metro sebagai seorang penjenayah. Dalam laporan berita jenayah di Metro Ahad bertajuk "Mizan Gemuk Diburu", gambar Ku Aminnuddin Ku Abdul Rahman difahamkan telah ditulis sebagai "suspek utama cuba merempuh anggota polis yang mengejarnya". Namun beliau menafikan sebarang kaitan dirinya dengan berita tersebut. Merujuk salinan laporan Polis yang ditunjukkan kepada EdisiRakyat.com, Ku mula menyedari perkara tersebut selepas dihubungi oleh salah seorang rakannya bernama Nebi Habul B Yusman melalui aplikasi Facebook messengger. Ku kemudiannya pergi mendapatkan naskhah akhbar Metro Ahad yang bertarikh 25 September 2016. Beliau mendapati paparan berita bertulis "Polis cari anggota Geng Rizal Kundang bolos ketika dikejar" ditulis oleh Fardi Bungga dan Faliq Lajim (am@hmetro.com.my) pada halaman ena

Kisah Sebenar Video Viral Ibu, Bapa Berebut Anak Di Mahkamah.

Imej
Video yang viral sejak dari semalam dilihat seorang anak yang memeluk ibunya dan enggan melepaskan ibunya selepas mahkamah memerintahkan hak penjagaan jatuh kepada si bapa. Menurut sumber kejadian berlaku di mahkamah, setelah mahkamah memerintahkan hak penjagaan jatuh kepada bapa, kanak-kanak lelaki berkenaan berada dalam keadaan stress, malah kanak-kanak itu menolak apabila bapanya cuba memujuk dan mengambilnya. Ibunya dilihat tidak mahu melepaskan kanak-kanak tersebut walau pun si bapa sudah mendukung kanak-kanak itu untuk beradar dari ruang mahkamah Berdasarkan video 2 minit 48 saat itu, jelas sekali menunjukkan si ibu bangun dan mendapatkan anaknya. Tatkala si ibu merapati bekas suaminya itu, kanak-kanak itu segera memeluk ibunya. Namun bekas suami tetap tegas menarik semula anak itu sehingga si ibu dan anak itu terjatuh ke lantai. Sekali lagi bekas suami cuba mengambil anaknya, namun si ibu tidak mahu melepaskan anaknya itu, inilah perkara yang kita tak gemar

Komen Pedas Buat Bekas Suami Selepas Tonton Video 'Nadia Nordin".

Imej
Isu suami curang bukanlah sesuatu yang asing berlaku dalam masyarakat kita. Kerana sayang, ramai wanita rela bersabar dan memaafkan perbuatan suami yang berlaku curang. Semuanya kerana ingin mempertahankan mahligai perkahwinan yang telah dibina. Namun, tahap kesabaran seseorang manusia itu ada batasnya. Jika anda rasa kes suami curang dengan kawan baik sendiri yang didakwa berlaku keatas wanita bernama Nadia Nordin itu sudah cukup kejam, pasti surat terbuka wanita ini kepada suaminya boleh buat anda sebak. Kalau dianiaya suami sebegitu rupa, ada ke isteri yang tahan? Anda nilailah sendiri melalui cerita dibawah. Selama jadi bini kau masa kau buat aku. Apa saja salah aku? Aku masak tunggu kau balik kerja makan bersama-sama. Kau balik kerja pun aku picit kepala kau. Aku buatkan air untuk kau. Aku kemas rumah, setiap malam sebelum tidur aku urut kau. Tiga tahun kahwin dah jadi tabiat aku dah urut kau setiap malam. Aku hormat kau sebagai suami aku. Lepas kau puku

Video Murid Sekolah Berlagak Samseng Menganiaya Penjual Aiskrim.

Imej
Kejadian berlaku petang Isnin, 26 September 2016. Ternampak sekumpulan remaja berpakaian lengkap uniform sekolah menengah melepak di kawasan perumahan Taman Kota Masai, Pasir Gudang. Kawasan perumahan yang memang tidak selamat untuk diduduki. Saya sendiri salah seorang mangsa kes curi minyak petrol kereta. Sampai kering tangki si pencuri kerjakan, memang kejam sungguh! Bila ditanya buat apa di sini? Jawapannya melepak. Ditegur sebab mereka buat bising pada waktu penduduk sedang berehat dan suara mereka mengganggu ketenteraman awam. Bila ditanya lagi tingkatan berapa? Mereka jawab Tingkatan 3. Mereka bagi alasan baru habis kelas tambahan yang bermula jam 2.30 petang. Hairan sungguh, macam ponteng kelas tambahan pun ya. Ditanya sekolah mana? Salah seorang daripada mereka tunjuk ke arah sekolah, SMK Kota Masai (2), tidak jauh dari lokasi mereka melepak. Ketika sedang melepak ada seorang penjual aiskrim bermotosikal yang dikenal pasti seperti warganegara Pakistan (berdasark

Polis Siasat Video Viral Seorang Wanita Dipukul Dan Dibogelkan.

Imej
Kota Bharu: Polis Kelantan akan membuat siasatan berhubung video viral membabitkan seorang wanita yang dipukul dan dibogelkan dipercayai berlaku di negara jiran. Ketua Polis Kelantan Datuk Dr Ab Rahman Ismail berkata, dua laporan diterima termasuk daripada mangsa yang yang dibuat Sabtu lalu di Balai Polis Kubang Kerian. Katanya, hasil laporan itu, polis membuat siasatan mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang membawa hukuman penjara setahun dan denda maksimum RM50,000 atau kedua-duanya sekali. "Kita percaya hasil siasatan akan dapat pengesahan berhubung kes viral berkenaan yang tersebar di laman sosial sejak kelmarin. "Polis juga menerima laporan kedua hari ini dibuat seorang wanita dipercayai ada hubung kait dengan penyebaran rakaman itu," katanya dalam sidang media, hari ini. Kelmarin, dua rakaman video masing-masing berdurasi 2 minit 8 saat dan 1 minit 15 saat tersebar di laman sosial Facebook dan mendapat komen daripada ne

Anak Saya Dipukul Dan Diaibkan Kerana Dituduh Menjalin Hubungan Dengan Suami Orang.

Imej
Kota Bharu: Keluarga seorang wanita, 26, mahu polis mengambil tindakan tegas terhadap pelaku yang memukul dan membogelkan anak perempuannya dalam kejadian di sebuah hotel di pekan Sungai Golok, pagi Selasa lalu. Dua video masing-masing berdurasi dua minit lapan saat dan satu minit 15 saat itu tersebar di Facebook sejak semalam, yang mendapat komen daripada netizen. Dalam video berkenaan, mangsa dipukul menggunakan dua botol kaca minuman oleh seorang wanita warga Thailand, dipercayai diupah wanita dikenali sebagai Nadia yang membuat rakaman itu. Difahamkan, kejadian berlaku akibat salah faham apabila mangsa dituduh menjalin hubungan cinta dengan suami Nadia. Ibu mangsa yang mahu dikenali sebagai Ani, 50-an, berkata dia mengetahui kejadian menimpa anaknya Sabtu lalu, selepas dimaklumkan anak keduanya yang tinggal di Kuala Lumpur. "Akibat kejadian itu anak saya cedera di badan, kepala dan menerima lapan jahitan di dahi. Sebagai ibu, saya sedih dengan kejadian itu kerana m

Isteri Pukul Dan Bogelkan Skandal Suaminya Dalam Bilik Hotel

Imej
Berang apabila mengetahui suaminya ‘makan luar’ seorang wanita dikenali sebagai Nadia Nordin bertindak memukul skandal suaminya dengan botol, dipercayai botol arak di sebuah hotel. Rakaman insiden itu yang dimuat naik dalam laman sosial hari ini, memaparkan seorang wanita yang tidak berpakaian dibelasah teruk hingga merintih kesakitan. Dalam video berdurasi 30 saat itu, kelihatan wanita terbabit bertindak memukul dalam keadaan marah sementara mangsa yang dibogelkan memohon untuk dilepaskan kerana sakit. Difahamkan, wanita tidak berpakaian itu menerima 15 jahitan susulan dipukul dengan botol di kepala. Tidak cukup dengan itu, sebuah lagi video memaparkan Nadia memukul lelaki dipercayai suaminya yang dikenali sebagai Mohd Faizal. Walaupun dipukul dan dibelasah dengan teruk, suaminya itu tidak membalas sebaliknya membenarkan sahaja dirinya diperlakukan sebegitu. Lokasi sebenar kejadian tidak dapat disahkan namun berdasarkan pertuturan, kejadian dipercayai ber

Video Pegang Payudara Ramal Masa Depan Lelaki Tua Ini Dihentam Netizen.

Imej
Macam-macam cara dilakukan oleh tukang tilik kononnya untuk melihat masa depan seseorang termasuk membaca tapak tangan dan melihat muka. Namun lelaki ini mempunyai cara yang berbeza untuk meramal masa depan seorang wanita, iaitu dengan memegang payudaranya. Video mengenai tukang tilik ini telah disebarkan melalui laman sesawang Miaopai dan ia dipercayai berasal dari China. Dalam rakaman video terbabit, wanita yang dipegang payudaranya itu kelihatan bingung dan bosan ketika dia dikelilingi oleh orang ramai. Video yang dirakamkan oleh Xiao Yuwen itu mendapat perhatian ramai serta ditonton beratus ribu kali. Perbuatan tukang tilik itu turut mendapat respon sinis daripada netizen yang menyifatkan dia sebagai `gatal’ dan cuba mengambil kesempatan manakala wanita itu pula dibidas sebagai bodoh kerana sanggup membiarkan payudaranya disentuh lelaki tua berkenaan. – Mynewshub

Gambar Pasangan Suami Isteri Putus Kepala Digilis Kereta

Imej
Sepasang suami isteri maut ditempat kejadian selepas terlibat dalam satu kemalangan ngeri antara motorsikal dan kereta jenis Toyota Inova warna Hitam dalam kejadian yang berlaku di Tasik malaya Asahan. Pasangan suami isteri berkenan dikenali Dedy Syahputra 31, dan Susriani 36, menaiki motorsikal yang di pandu oleh Dedy Syahputra, saksi kejadian menceritakan nahas berkenan bermula dari penunggang motorsikal yang hilang kawalan selepas terlannggar lubang dan jatuh, kereta toyota innoova yang datang dari arah berlawanan tidak sempat mengelak terus menggilis kepala kedua mangsa. Akibat dari kejadian itu, kepala mangsa Susriani terpisah dari badan dan terpelanting ke dalam aliran sungai berhampiran, Sementara kepala suaminya remuk dan hancur di dalam helmet akibat di gilis kereta tersebut. Pihak polis dan penduduk setempat yang cari kepala mengsa di sekitar tempat kejadian akhirnya berhasil menemui kepala mangsa dibawah jembatan selepas beberapa meinit, jenazah kedua-dua mang

Giliran Mas Idayu Membalas Kenyatan Abby Abadi Selepas Di Tegur Berpelukkan Dengan Pelajar AF

Imej
Dunia hiburan ini sememangnya sentiasa panas dengan pelbagai kontroversi yang baik mahupun yang tidak sehinggakan kadang kalanya sentiasa panas dengan isu-isu yang di rasakan terlampau kecil tapi sengaja nak di perbesarkan hanya untuk mencari publisiti sementara. Itulah yang terjadi antara kisah Abby Abadi dengan Mas Idayu yang telah menjadi viral baru-baru ini selepas Abby Abadi  dikatakan menegur penyayi dangdut itu kerana video di program reality Diari Akademi Fantasia menjadi panas selepas Mas Idayu berpelukkan bersama pelajarnya. Hanya kerana tidak boleh menerima cara teguran Abby menyebabkan Mas Idayu telah tampil dengan kenyataan yang panas dan sentap buat Abby Abadi kerana di katakan menegurnya dengan cara yang tidak betul. Saling mengingati itu tidak salah tapi biarlah kena pada caranya, kata yang di tujukan khas buat Abby oleh Mas Idayu. Mas Idayu telah menganggap Abby Abadi hanya ingin menumpang popularitynya dengan sengaja memperbesarkan kejadian berpelukka

Gambar Budak Tidur Atas Kotak Jadi Perhatian Netizen.

Imej
BISHKEK: "Saya berasa malu. Walaupun saya miskin, saya tetap menjaga anak dan saya bukan pemalas." Itulah luahan seorang ibu di Krygystan apabila gambar anak lelakinya yang berusia tiga tahun sedang tidur di atas kepingan kotak, tersebar dalam laman sosial dan menjadi topik hangat sesama netizen. Ada pihak mengkritik tindakan wanita itu meninggalkan anak kecil itu sebagai tidak bertanggungjawab dan membahayakan nyawa kanak-kanak tersebut. Malah tidak kurang juga dengan pihak yang bersimpati dengan nasib wanita berkenaan kerana menerima kesan masalah kemiskinan yang semakin meruncing di negara Asia Tengah itu. Namun ibu kanak-kanak tersebut, Zulfia Usenova tampil memberi penjelasan sebab dia berbuat demikian "Saya terpaksa meninggalkan anak saya dalam keadaan itu supaya saya dapat bekerja. "Dia sedang tidur ketika saya sedang bekerja dan terpaksa meletakkannya di atas tanah di tempat yang selamat. "Dia hanya tidur selama 15 minit sahaja ketika

Pahala Jika Isteri Ajak Suami Bersama.

Imej
Dalam kehidupan masyarakat kita, adalah sesuatu yang jarang sekali kita dengar kaum perempuan akan membicarakan atau meminta melakukan hubungan kelamin terlebih dahulu. Nota: Bagi anda yang memiliki suami yang kurang berghairah di ranjang, sangat penting untuk mencuba tips ini. Keghairahan seorang suami ibarat minuman panas, bila di letak ais batu minuman itu tentu akan menjadi sejuk, seperti itulah dapat di gambarkan nafsu seorang suami. Semangat ghairah itu akan sejuk dengan sikap dingin dan rasa malu yang menguasai anda yang sebenarnya berkeinginan merasakan kehangatan cinta yang memuaskan dari suami. Dalam hubungan suami isteri amatlah penting untuk bertoleransi dalam hubungan intim, apabila seorang suami memiliki keghairahan yang sukar untuk di bangkit maka di sinilah peranan seorang isteri sangat di perlukan untuk melakukan sesuatu yang membangkitkan keinginan suami pada anda. Buanglah rasa malu yang menghalang anda untuk memberikan kebahagiaan pada suami,

Pengkid Selamat Lahirkan Bayi Dengan Pasangannya Seorang Pondan

Imej
Pasangan songsang itu yang boleh dikatakan apabila seorang wanita pengkid bersama pasangannya iaitu seorang lelaki pondan telah melahirkan bayi perempuan, menurut Kosmo Online QUITO, Ecuador – Seorang bayi perempuan di sini mungkin berhadapan dengan krisis identiti suatu hari kelak apabila dilahirkan oleh seorang ‘lelaki’ yang sebelum ini merupakan wanita yang telah menukar jantina. ‘Bapanya’, Fernando Machado mengandung selepas menjalin hubungan dengan pasangannya, Diane Rodriguez yang dahulunya seorang lelaki tetapi kini menukar jantina kepada wanita. Machado melahirkan bayi sulungnya itu pada Jun lalu dan merancang untuk mengandung lagi pada masa akan datang. Meskipun belum mengumumkan nama bayi yang telah berusia 16 minggu itu, namun pasangan itu menggelarkannya sebagai Caraote atau bermaksud ‘siput’. Machado turut berkongsi gambar kesan parut pembedahan selepas bersalin bagi mengelakkan prajudis atau salah faham. Mereka sebelum ini turut mengumumkan berita

Marshanda Wanita Kotor Dan Ada Penyakit Kelamin - Egi John Foreisythe

Imej
Masalah kes curang Marshanda, 27, sekali lagi menarik minat peminat industri hiburan Indonesia, kali ini bukan khabar angin semata-mata sebaliknya kisah benar, yang pasti pelakon Egi John Foreisythe, 28, sendiri yang mendedahkan perkara tersebut kepada orang ramai menerusi laman media sosial baru-baru ini. Pendedahan tersebut sekali gus mengesahkan desas-desus yang tersebar sebelum ini mendakwa kononnya Egi dan Marshanda kini bukan lagi pasangan kekasih, lebih teruk lagi apabila Egi turut menuduh Marshanda sebagai wanita 'kotor' kerana turut menderita penyakit kelamin gara-gara menjalani kehidupan liar. Kesemua tuduhan yang dibuat Egi menerusi media sosial itu nyata menarik perhatian banyak pihak yang merasakan lelaki itu sengaja berbuat demikian kerana mahukan perhatian, namun begitu Egi bersedia untuk mendedahkan segala bukti kepada setiap tuduhan yang dilakukan kerana dia yakin berada di pihak yang benar. Jadi tidak hairanlah 'serangan' yang dilakukan

Nak Rumah Tangga Bahagia? Jangan Halang Suami Melepak.

Imej
Tentang isu suami suka lepak dengan kawan sampai lewat malam. Isteri selalu marah-marah bila suami lepak malam-malam dengan kawan-kawan. Cuba kita bertanya pada diri kita, kenapa kita marah suami lepak? Adakah kerana kita cemburu? Kerana suami tak lepak dengan kita atau kerana suami tidak bertanggungjawab, suami lepas tangan atau kita seorang diri kena jaga anak tetapi suami syok saja enjoy dengan kawan-kawannya? Sebenarnya isu lepak bukanlah isu yang besar sangat. Biarlah dia nak lepak selagi kumpulan yang dia lepak itu semuanya lelaki, sekadar bersembang-sembang dan tiada maksiat. Saya sebagai isteri, suka kalau suami pergi lepak dengan kawan-kawannya. Pertama, saya boleh berehat daripada melayani suami. Saya boleh tidur awal, tak perlu memasak atau buat air. Suami boleh makan dan minum dengan kawan-kawan. Bagi saya, sesuatu itu kalau kita fikirkan negatif, kita akan jadi marah dan tertekan. Tetapi kalau kita fikir ke arah positif, kita akan gembira. Kalau suami ti