Video Wanita Tercampak Ke Lantai Ditendang Ketika Turun Tangga

Kejam, itulah yang dapat digambarkan apabila seorang wanita ditendang dari arah belakang semasa menuruni tangga sehingga membuatkan dia tercampak ke lantai.

Rakaman litar kamera tertutup (CCTV) menunjukkan seorang wanita sedang berjalan di dalam stesen metro di Berlin, Jerman semasa dihampiri seorang lelaki yang memegang minuman beralkohol dan rokok.

Suspek yang berpakaian jaket kulit dan berseluar jeans kemudiannya menendang wanita itu di bahagian belakang, menyebabkan mangsa jatuh tangga.

Dia kemudiannya berlalu pergi, manakala tiga rakannya memandang wanita itu sambil mentertawakannya yang dalam keadaan tertiarap di atas lantai.

Menurut media tempatan, wanita itu dibantu orang ramai sebelum dibawa ke hospital.
Polis sedang menyiasat rakaman berkenaan, dan mangsa dikatakan berusia 26 tahun membantu siasatan.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kisah Benar, Isteri Aku Berlaku Curang Dengan Boss Aku.

Saya Terkejut Dijemput Menyertai Group WhatsApp Yang Menjijikkan Itu..

10 Gambar Dan Video: Percaya Atau Tidak, Harimau, Beruang Dan Singa Ini Berkawan Baik Sejak Kecil.