Video: Wanita Mengamuk Serang Pengawal Keselamatan
Singapura – Rakaman video seorang wanita mengamuk
mencederakan seorang pengawal keselamatan wanita berbangsa India tersebar di
laman sosial.
Menurut sebuah portal, difahamkan kejadian yang berlaku di
Singapura itu dipercayai berpunca daripada seorang wanita enggan membayar
tambang teksi yang dinaikinya.
Wanita tersebut cuba untuk melarikan diri namun dihalang
oleh pemandu teksi sebelum pengawal keselamatan wanita itu datang untuk
meleraikan pertengkaran itu tetapi dia pula yang menjadi mangsa.
Malah seorang pekerja sebuah restoran berdekatan turut sama
cuba meleraikan pergaduhan itu.
Namun wanita yang memakai dress labuh tanpa lengan dan
berkasut tumit tinggi itu yang berang dengan ‘campur tangan’ pengawal
keselamatan wanita berkenaan tiba-tiba bertindak menendang mangsa di bahagian
paha hingga dia tertolak ke belakang.
Walau bagaimanapun, pengawal keselamatan wanita itu enggan
mengalah dan terus mencengkam tangan wanita tersebut dari terus membuat onar
atau mencederakan orang lain.
Di akhir video itu, pengawal keselamatan wanita itu
menunjukkan kesan luka pada bahagian buku lima tangannya akibat dikasari wanita
terbabit. – Mynewshub
Ulasan
Catat Ulasan