Video Lelaki Dera Biawak Jadi Viral Mencetuskan Kemarahan Netizen

Tindakan tidak berperikemanusiaan seorang lelaki yang mendera seekor biawak dengan melanggarnya berulang kali telah mencetuskan kemarahan netizen.

Video berdurasi satu minit 33 saat yang dimuat naik ke laman Facebook sejak kelmarin itu sehingga kini telah ditonton lebih daripada 320,000 kali.

Menerusi rakaman, individu yang merakam video itu mengatakan reptilia tersebut telah memakan ikan mungkin milik mereka sehingga membuatkan mereka bertindak kejam sedemikian.

“Amik kau makan ikan lagi haa,” ujar perakam video sambil ketawa kecil melihatkan haiwan tersebut diseksa.

 Selepas melanggar lelaki berkenaan dikatakan memukul reptilia berkenaan dengan sebatang kayu dipercayai cangkul.

Tidak diketahui nasib reptilia itu, namun dari pengamatan kami, ia mungkin telah mati.

Rata-rata netizen menempelak tindakan lelaki berkenaan yang dianggap tidak berperikemanusiaan dan turut meminta video berkenaan dipadamkan. – Mynewshub

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kisah Benar, Isteri Aku Berlaku Curang Dengan Boss Aku.

Saya Terkejut Dijemput Menyertai Group WhatsApp Yang Menjijikkan Itu..

10 Gambar Dan Video: Percaya Atau Tidak, Harimau, Beruang Dan Singa Ini Berkawan Baik Sejak Kecil.