Menantu Ditangkap Kerana Merogol Ibu Mertua Sendiri.

Kejadian berlaku di Lampung Tengah
Gambar Haru Ketika Ditahan Polis
Entah apa yang merasuk fikiran seorang lelaki bernama Heru merupakan tertuduh yang baru berusia 27 tahun sehingga sanggup merogol mangsa yang merupakan ibu mertuanya sendiri MT  berusia 53 tahun.

Mangsa telah mengalami trauma akibat kejadian yang menimpanya itu. Tertuduh pun telah di tangkap oleh pihak polis setelah mangsa membuat laporan polis mengenai perbuatan terkutuk menantunya itu.

Menurut pihak polis kasatreskrim Lampung Tengah, Pegawai Ajun Resky Maulana. Kejadian memalukan itu berlaku di rumah mangsa sendiri ketika rumah mangsa dalam keadaan sunyi kerana tiada sesiapa melainkan mangsa serta tertuduh berada di rumah.

Kejadian di katakan berlaku pada hari rabu yang lepas. Tertuduh yang di dorong dengan nafsu telah nekad merogol mangsa ketika itu memandangkan keadaan rumah pada ketika itu yang sunyi hanya tinggal mereka berdua sahaja.

Tertuduh yang telah dikuasai oleh nafsu tergamak merogol mangsa secara paksa serta mengugut mangsa supaya tidak memberitahu sesiapa mengenai kejadian tersebut.

"Kejadian hanya berlaku sekali sahaja. Pihak polis terus melakukan penangkapan ke atas tertuduh di kediamannya setelah menerima laporan dari keluarga mangsa," kata Resky.

Berdasarkan ujian visum yang di jalankan ke atas mangsa mendapati terdapat kesan luka akibat benda tumpul di kemaluan mangsa. Pihak polis juga telah mengambil pakaian dalam, seluar serta baju tertuduh sebagai barang bukti.

"Kami masih lagi melakukan penyiasatan lebih lanjut ke atas tertuduh dan tertuduh telah di tahan bawah akta 284 dan 285 jika sabit kesalahan akan menerima hukuman 12 tahun penjara," katanya.

Sementara itu, tertuduh telah mengeluarkan kenyataan bahawa perbuatannya itu dilakukan hanya atas dasar suka sama suka. Dia telah membantah sama sekali apabila dikatakan telah merogol ibu mertuanya sendiri.

"Kita telah melakukan hubungan kelamin secara suka sama suka. Saya mengaku bahawa ketika itu saya terlalu ikutkan nafsu tetapi saya tidak memaksa dia langsung kerana dia menginginkannya juga dan kejadian itu berlaku begitu sahaja," kata tertuduh dalam membela dirinya.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kisah Benar, Isteri Aku Berlaku Curang Dengan Boss Aku.

Saya Terkejut Dijemput Menyertai Group WhatsApp Yang Menjijikkan Itu..

Kau Paksa Aku Hisap Kemaluan Anak Sendiri Depan Kau, Untuk layan Nafsu Binatang Kau, Suami Jenis Apa Kau Ini.