Video Peragut Kejam Yang Melanggar Kepala Mangsa Sebelum Meragut Telah Ditahan.
Lelaki diberkas polis, hari ini dipercayai terbabit kes
langgar dan ragut di Pekan Kapar, di sini pada 20 Oktober lalu .
Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner Mohd
Yusoff Mamat berkata, suspek berusia 32 tahun itu ditahan bersama adik lelakinya
berusia 28 tahun di rumah di Rantau Panjang, Klang kira-kira 2 pagi tadi.
Menurutya, polis turut menjumpai motosikal dan topi keledar
dipercayai digunakan ketika kejadian ragut berkenaan serta beberapa barang
peribadi milik mangsa di dalam rumah suspek.
“Pemeriksaan ujian air kencing suspek positif dadah jenis
morfin. Kes disiasat mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan
kecederaan ketika melakukan samun.
“Kedua-dua beradik berkenaan kini direman sehingga siasatan
selesai dan orang ramai diminta agar tidak membuat sebarang spekulasi berkaitan
kes berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Dalam kejadian kira-kira 4 petang 20 Oktober lalu, wanita berusia
56 tahun sedang berjalan balik ke rumah dari Klinik Kesihatan Kapar melalui
satu lorong di belakang deretan kedai di pekan Kapar sebelum didatangi
motosikal dinaiki lelaki yang cuba meragut beg tangan mangsa.
Kejadian itu mengakibatkan wanita itu jatuh tertiarap, dan
oleh kerana suspek gagal meragut beg tangan mangsa, suspek berpatah balik lalu
melanggar mangsa dan mengambil beg tangan mangsa sebelum melarikan diri.
Mangsa mengalami kecederaan di bahagian dahi, hidung, jari
dan lutut namun berada dalam keadaan stabil.
Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner Mohd
Yusoff Mamat berkata, suspek berusia 32 tahun itu ditahan bersama adik
lelakinya berusia 28 tahun di rumah di Rantau Panjang, Klang kira-kira 2 pagi
tadi.
Menurutya, polis turut menjumpai motosikal dan topi keledar
dipercayai digunakan ketika kejadian ragut berkenaan serta beberapa barang
peribadi milik mangsa di dalam rumah suspek.
“Pemeriksaan ujian air kencing suspek positif dadah jenis
morfin. Kes disiasat mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan
kecederaan ketika melakukan samun.
“Kedua-dua beradik berkenaan kini direman sehingga siasatan
selesai dan orang ramai diminta agar tidak membuat sebarang spekulasi berkaitan
kes berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Dalam kejadian kira-kira 4 petang 20 Oktober lalu, wanita
berusia 56 tahun sedang berjalan balik ke rumah dari Klinik Kesihatan Kapar
melalui satu lorong di belakang deretan kedai di pekan Kapar sebelum didatangi
motosikal dinaiki lelaki yang cuba meragut beg tangan mangsa.
Kejadian itu mengakibatkan wanita itu jatuh tertiarap, dan
oleh kerana suspek gagal meragut beg tangan mangsa, suspek berpatah balik lalu
melanggar mangsa dan mengambil beg tangan mangsa sebelum melarikan diri.
Mangsa mengalami kecederaan di bahagian dahi, hidung, jari
dan lutut namun berada dalam keadaan stabil. – Harian Metro
Ulasan
Catat Ulasan