Kantoi Tidur Dengan Suami Orang, Wanita Ini Dipukul Dan Dibogelkan Di Khalayak Ramai!!
Dia dibogelkan secara paksa dan dipukul tanpa belas kasihan
oleh sekumpulan wanita di jalan raya yang sibuk.
Bukan saja polis tidak datang membantu, malah orang ramai
juga tidak campur tangan ketika kumpulan wanita berkenaan menendang celah
kelangkang dan payu dara Lin Yao Li, 38, walaupun dia meraung kesakitan.
Saksi berkata, Lin tidak layak dibantu kerana dia tidur
dengan suami orang. Ia kejadian terbaru seumpamanya di China yang menyaksikan wanita
dimalu dan dipukul di khalayak ramai kerana menjadi punca lelaki bersikap
curang terhadap iisteri.
Dalam kejadian kelmarin, Lin diserbu empat wanita ketika
berjalan pulang dari membeli-belah di Puyang, wilayah Henan, di timur China.
Dengan menumbuk dan menendangnya sehingga Lin terjatuh
sambil meraung kesakitan, penyerangnya kemudian menanggalkan pakaiannya sebelum
memukulnya lagi, menarik rambut dan menendang celah kelangkang dan payu
daranya.
Serangan ganas itu dikatakan dirancang oleh issteri lelaki
yang didakwa tidur dengan Lin. Dia dibantu tiga rakannya.
Orang ramai yang berada di tempat kejadian hanya
memerhatikannya.Seorang lelaki tempatan, Jun Feng, 30, yang membantu Lin
selepas penyerangnya meninggalkan tempat itu memberitahu stesen televisyen
tempatan: “Kejadian ini sudah menjadi perkara biasa.
Isteri dan teman wanita membalas dendam terhadap lelaki
mereka dengan menyerang wanita lain. Orang ramai tidak berminat membantu.Lin
yang calar-balar dan lebam kemudian dibawa ke hospital selepas merayu
dipanggilkan ambulans.- Kaki Viral
Ulasan
Catat Ulasan