Jururawat Dirogol Bergilir Dan Ditinggalkan Separuh Bogel.

Keseronokan seorang jururawat muda berhibur dengan dua kenalan lelaki yang baru dikenali di sebuah pusat karaoke berakhir mimpi ngeri. 

Mangsa dibuang di tepi jalan di kawasan perindustrian Bleteh Serawak selepas dipercayai dirogol secara bergilir-gilir.

Mangsa ditemui pada pukul 6.30 pagi kelmarin, jururawat desa di sebuah pusat kesihatan di daerah ini dalam keadaan terbaring separuh bogel dan tidak sedarkan diri dipercayai kerana terlalu mabuk.

Penemuan mangsa yang ber­usia 22 tahun itu mendapat perhatian orang ramai yang lalu-lalang di kawasan perindustrian tersebut.

Ketua Polis Daerah Kapit, Deputi Superintendan Freedy Bian berkata, sebelum ke­jadian, mangsa di­kata­kan berhibur ber­sama dua kenalan lelaki yang baru dikenali di sebuah pusat karaoke di sini.

Bagaimanapun, me­nurut beliau, selepas berhibur di dua buah pusat karaoke pada malam sama, mangsa kemudian dipercayai diperkosa oleh kedua-dua kenalannya yang dikatakan pekerja kilang.

“Selepas dinodai mangsa di­percayai sengaja ditinggalkan di tepi jalan dalam keadaan separuh bogel dan tidak sedarkan diri,” kata beliau ketika dihubungi di sini.

Menurut Harian Metro Pengguna jalan raya di Kawasan Perindustrian Ringan Bletih, di sini, gempar apabila melihat seorang wanita terlena di tepi jalan dalam keadaan separuh bogel, pagi kelmarin.

Wanita berusia 22 tahun itu ditemui tidak sedarkan diri jam 6.30 pagi sebelum polis dan ambulans dimaklumkan untuk tindakan lanjut.

Difahamkan, sebelum kejadian, wanita terbabit dikatakan keluar berhibur bersama rakannya di dua pusat karaoke di sekitar daerah itu sehingga awal pagi.

Mangsa dipercayai mengambil minuman keras sehingga mabuk dan hanya menyedari kejadian dia terbaring di tepi jalan ketika berada di dalam ambulans untuk dihantar ke Hospital Kapit.

Ketua Polis Daerah Kapit Deputi Superintendan Freedy Bian berkata, pemeriksaan terhadap mangsa di Hospital Kapit mendapati ada kesan koyakan pada kemaluannya.

Menurutnya, susulan kejadian itu, polis menahan dua lelaki yang masing-masing berusia 23 dan 26 tahun yang juga kenalan mangsa untuk siasatan.

“Kedua-dua suspek ditahan di sekitar bandar daerah ini beberapa jam selepas laporan polis kerana mereka antara individu terakhir dilihat bersama mangsa.

“Berdasarkan siasatan awal, suspek mengakui keluar berhibur bersama mangsa, namun selepas itu mereka mendakwa wanita itu ke sebuah lagi pusat karaoke bersama individu lain,” katanya.

Freedy berkata, setakat ini, polis masih menunggu keterangan daripada mangsa yang masih menerima rawatan di hospital bagi mendapatkan gambaran sebenar kejadian.

“Dua suspek yang ditahan direman untuk siasatan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan (KK) kerana merogol,” katanya.- Harian Metro

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kisah Benar, Isteri Aku Berlaku Curang Dengan Boss Aku.

Saya Terkejut Dijemput Menyertai Group WhatsApp Yang Menjijikkan Itu..

10 Gambar Dan Video: Percaya Atau Tidak, Harimau, Beruang Dan Singa Ini Berkawan Baik Sejak Kecil.