Baru Dua Jam Berkahwin, Suami Ceraikan Isterinya Kerana Langgar Perjanjian.
Seorang wanita memegang gelaran isteri hanya dua jam apabila
diceraikan suaminya kerana menghantar gambar majlis mereka kepada rakannya
walaupun sebelum itu berjanji tidak berkongsi gambar atau klip video
perkahwinan itu dengan sesiapa.
“Perjanjian sebelum perkahwinan ditandatangani antara adik
perempuan saya dan tunangnya yang beliau tidak akan menggunakan aplikasi media
sosial seperti Snapchat, Instagram atau Twitter untuk menyiarkan atau
menghantar gambarnya.
“Ia termasuk dalam kontrak perkahwinan dan disahkan. Amat
dikesali kerana adik perempuan saya tidak menghormati janji itu dan menggunakan
Snapchat untuk berkongsi gambar majlis perkahwinan dengan rakan perempuannya,
menyebabkan pengantin lelaki membuat keputusan mengejutkan membatalkan
perkahwinan mereka dan menceraikannya,” kata abang pengantin perempuan yang
dipetik akhbar Okaz.
Saudara mara kedua-dua keluarga berbalah berhubung keputusan
berkenaan.
Sebahagiannya berkata, ia rumusan yang logik kerana
pengantin perempuan gagal mematuhi perjanjian.
Mei lalu, pakar perundangan Arab Saudi memberi amaran
mengenai peningkatan membimbangkan kes perceraian dalam kalangan pengantin
baru, berkata ia sudah mencecah 50 peratus.
“Salah faham, berbeza pandangan dan berkahwin tanpa memahami
tanggungjawab adalah antara punca utama perceraian dalam kalangan pasangan
muda.
“Perkahwinan akan gagal apabila tiada asas kukuh dan
kepercayaan,” kata Ahmad Al Maabi.
Pakar berkenaan membuat ulasan itu berdasarkan berita
pengantin perempuan diceraikan sejurus selepas majlis perkahwinan selepas tidak
menghiraukan suaminya dan berbual dengan rakan menerusi telefon bimbit. – BH
Online
Ulasan
Catat Ulasan